Tuesday, 22 September 2015

Kenangan di Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Terengganu telah menjadi satu kenangan yang saya rindui sehingga kini. Apabila saya mendapat tawaran dari UMT, saya berasa terkejut dalam masa yang sama berasa kecewa. Hal ini demikian kerana saya tidak mendapat tempat di UKM, iaitu universiti yang menjadi pilihan pertama saya dan jarak UMT yang jauh membuatkan saya sukar untuk pulang ke rumah secara kerap. Namun begitu, saya dengan rasa berat hati menerima tawaran UMT
  Apabila saya dan keluarga sampai di UMT, kelihatan ramai pelajar sudah beratur di sana untuk medaftarkan diri. Ramai fasilitator membantu saya yang kurang arif dengan keadaan ketika itu. Selepas berdaftar, saya dan keluarga bersama-sama menerajui ke asrama saya. Saya tinggal sebilik bersama 3 orang perempuan yang sekaum dengan saya iaitu, Xue Xianz, Pei Kee dan ChiaYin. Mereka berhati murni, sentiasa menolong saya apabila saya menghadapi sebarang masalah. Selama 2 minggu ini, kami sentiasa belajar dan pergi kuliah bersama-sama, masak di dalam bilik dan juga mengajar mereka berbasikal.
                                                Wonderful GIRLS that I met in UMT
                                                                       Cycling together
UMT juga mempunyai kemudahan kapal dan pantainya yang tersendiri. Saya dan rakan sekuliah pergi ke pantai pada hujung minggu. Air laut di sana sangat bersih dan jernih.


Ini adalah kenangan yang paling manis, namun tetap merasai kesedihan lantaran kerinduan terhadap keluarga. Setiap hari saya menangis, terutamanya pada malam ini kerana rindu yang amat mendalam.



Namun begitu, saya telah berjaya mendapat tawaran dari UKM. Saya berasa sangat gembira kerana dapat memasuki universiti idaman saya. UMT memberi banyak kenangan kepada saya. Saya akan merindui kawan-kawan di UMT dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh di UKM sehingga mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment